web analytics

DuniaTakaful.Com

Prudential BSN Takaful Agent Anda

MLTA vs MRTA – LINDUNGI PINJAMAN PERUMAHAN ANDA

Ramai yang masih belum memahami bagaimana insurans takaful boleh melindungi pinjaman perumahan anda dan bagaimana akaun unik ini berfungsi. Jadi mungkin akaun unik (MLTA vs MRTA) Prudential ataupun Prudential BSN Takaful dapat membantu.

mlta vs mrta - prudential bsn takaful agent

lindungi pinjaman rumah anda dgn mlta vs mrta

Lindungi pinjaman rumah anda dgn mlta vs mrta, mana satu pilihan terbaik?

Ada yang confuse dan blur-blur dengan perlindungan rumah untuk kebakaran, kecurian, tanah runtuh, banjir dan sebagainya. Perlu diterangkan di sini bahawa terdapat dua pecahan insurans takaful, yang pertama insurans am, insurans takaful ini merangkumi apa sahaja perlindungan selain berkaitan dengan perlindungan insurans selain nyawa dan kesihatan manusia. Sekiranya berkaitan nyawa dan kesihatan manusia ianya dikenali sebagai life insurans. Jadi apa yang saya nak tekankan di sini, perlindungan pinjaman rumah (MLTA vs MRTA) anda sebenar jatuh di dalam kategori perlindungan nyawa kerana sekiranya berlaku kematian kepada peminjam pinjaman rumah tersebut, maka mungkin pasangan yang ditinggalkan tidak mampu menyambung pembayaran bulanan rumah yang mana menyebabkan rumah terpaksa di lelong oleh bank. Jadi dengan membeli perlindungan kematian kepada peminjam maka duit pampasan kematian boleh diberikan kepada waris untuk menyelesaikan pinjaman rumah tersebut. Ada dua cara untuk melindungi pinjaman rumah anda, iaitu:-

  1. MLTA
  2. MRTA

Apakan perbezaan MLTA vs MRTA ini?

MLTA vs MRTA

mlta vs mrta

Untuk pengetahuan semua MRTA atau Mortgage Reduced Term Assurance merupakan sejenis perlindungan insurans untuk melindungi nyawa anda dan pampasan tersebut boleh melangsaikan pinjaman rumah. Tujuan individu membeli polisi MRTA tidak lain adalah sebagai perlindungan kewangan terhadap baki pinjaman yang belum dibayar sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal keseluruhan atau Total Permanent Disable (TPD) kepada peminjam. Jadi polisi MRTA ini akan membayar baki pinjaman yang terunggak.

Ciri-ciri MRTA

1. Bayaran lump sum (sekali gus).
2. Biasanya akan dimasukkan didalam loan sekiranya jumlah premium terlalu mahal (bg membolehkan bayaran secara bulanan).
3. Sekiranya premium dimasukkan bersama pinjaman, premium tersebut juga dikenakan faedah oleh pihak bank. Jadi, jumlah premium yang perlu dibayar akan lebih tinggi dari sepatutnya.
4. Tempoh perlindungan sama seperti tempoh pinjaman.
5. Jumlah perlindungan akan berkurangan mengikut pinjaman.
6. Lebih murah berbanding dengan life insurance atau takafulink sekiranya dikira dari sudut jumlah caruman.
7. Tiada nilai tunai.

mlta vs mrta 1

Bagi mereka yang aktif dalam pelaburan hartanah (jual-beli hartanah), setiap kali kita buat pinjaman kita perlu memohon plan MRTA dan sekiranya kita ingin menjual hartanah tersebut, kita perlu batalkan MRTA tersebut. Dan seterusnya sekiranya kita ingin membeli hartanah lain, kita perlu mengambil sekali lagi MRTA yang lain. Dan sudah tentu pada masa itu umur kita telah meningkat dan menyebabkan premium lebih mahal. Kalau mahal masih ok lagi, tapi kalau dah sakt sampai syarikat insurance/takaful pun dah tak nak amik kita sebagai pemegang polisi. Macam mana?Masa tu dah tak de chance nak amik MRTA lagi.

Bagaimana boleh dijadikan sebagai satu option dalam menggantikan MRTA?

Ciri-Ciri MLTA

1. Bayaran secara berkala (regular), jadi tidak perlu masukkan bersama pinjaman, dan ini boleh mengelakkan kita daripada dikenakan faedah oleh bank.

2. Jumlah perlindungan sekata sepanjang tempoh caruman atau sehingga umur kita 80 tahun yang mana lebih dahulu. Sekarang tempoh perlindungan pun sudah dibolehkan sehingga 100 tahun.

3. Jumlah perlindungan yang fleksible. Boleh diubah mengikut keperluan perlindungan pinjaman.

4. Jumlah premium yang tetap. Walaupun umur meningkat, premium tetap sama. Ini akan menjimatkan kita dalam jangka masa panjang. Tertakluk kepada insurans charges dan pengeluaran tunai.

5. Tidak perlu menamatkan polisi sekiranya hartanah yang pinjamannya dilindungi oleh investment link ingin dijual atau dipindah milik. Dan sekiranya kita ingin membeli hartanah baru, boleh gunakan polisi yang sedia ada untuk menjadi sebagai cagaran bayaran pinjaman sekiranya kita meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan.

6. Boleh digandingkan dengan pelbagai manfaat perlindungan lain yang agak penting seperti medical card, elaun hospital, elaun ICU, elaun pembedahan dan sebagainya.

7. Ada nilai tunai dan perkongsian untung hasil dari keuntungan wang caruman yang dilaburkan oleh syarikat.

Bagi tempoh masa yang panjang, cara ini lebih menjimatkan disebabkan kita tidak dikenakan interest atas premium sekiranya premium dimasukkan dalam jumlah pinjaman. Selain dari itu, jumlah peruntukan premium untuk caj insurans dan simpanan selepas tahun ke 7 dan seterusnya adalah 100%

Nasihat Saya

Sekiranya hartanah anda adalah hanya untuk tujuan perlaburan, investment link sepatutnya menjadi pilihan anda kerana anda akan menjual hartanah tersebut dan membeli yang baru dan seterusnya anda tidak perlu membeli polisi insurans yang baru, walaubagaimanapun semuanya bergantung kepada apa yang anda kehendaki dan jumlah wang dalam poket anda.

Hubungi Kami Untuk Maklumat Lanjut

Mohd Harith Bin Hasim 012-6345664

Unit Manager

Nurliza Binti Md Sanusi 012-6635163

Perancang Kewangan

DuniaTakaful.Com

Social Share Toolbar
Category: Uncategorized
  • zaidi says:

    Salam
    sekiranya saya berminat dengan MLTA boleh tak hantar quotation pd saya

    saya baru buat loan rumah
    loan 90% from 349000
    loan 314100
    interest 4.2%
    Tenure 28 thn ocbc
    tenure 33 thn hsbc
    umur 37 thn

    terima kasih

    October 26, 2012 at 2:04 am
    • Harith DuniaTakaful.Com says:

      waalaikumsalam encik zaidi, boleh dapatkan contact number encik zaidi, kalau boleh biar explain sikit sebelum prepare quotation…kalau dapat encik zaidi sms no phone ke handphone saya 012-6345664, isyaallah saya akan preparekan quotation selepas short discussion dekat phone. tq

      October 26, 2012 at 10:11 am
  • bro mat says:

    salambro haris.nak tanya,,nak beli rumah guna mlta,,tp kebanyakkan bank suruh amik mrta depa,,baru lulus loan..so mcm mana?ada ke bank yg terima mlta ni?susahla kalo nk buat mlta camni…

    May 18, 2013 at 9:30 am
    • admin says:

      sms maklumat anda ke 012-6345664 nanti kami hantar ejen berdekatan

      January 31, 2014 at 4:35 pm
Add Comment Register



Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*